Ucapan terima kasih pun dituntut oleh mereka yang gemar menonjolkan diri
Tapi ada si bijaksana yang bertanya "perlukah berterima kasih bila barangmu dipulangkan si pencuri?"
Sunday, September 18, 2011
Monday, December 20, 2010
Hujung tahun
hujung tahun tiba lagi
untuk meninggalkan jejak yang dilalui
apakah ini yang terakhir
untuk kita berazam di tahun mendatang
Bandar Seri Begawan
20 Disember 2010
untuk meninggalkan jejak yang dilalui
apakah ini yang terakhir
untuk kita berazam di tahun mendatang
Bandar Seri Begawan
20 Disember 2010
Tuesday, December 1, 2009
antara dua demo di malaysia
demo dianggap berbudaya apabila dianjurkan untuk
- mendesak nik aziz letak jawatan
- meminta sprm siasat guan eng
- bantah khalid ibrahim dan khalid samad pindah berhala
- menyuarakan bantahan apabila azizan razak tutup rumah sembelih babi
- menyatakan bahawa isa sangat relevan
- menyokong gerombolan
Gambar: Berita Harian
sementara itu demo menjadi tidak berbudaya apabila diadakan untuk
- membantah kezaliman isa
- membantah kenaikan tol
- membantah rampasan kuasa demokrasi
- membantah sprm siasat saksi sampai pagi
- membantah senarai pengundi pos spr
- menentang gerombolan
Gambar: Tukar Tiub
Sunday, March 1, 2009
derhaka: ungkapan popular 2009
sejak kerajaan perak dirampas oleh segerombolan perakus kuasa
perkataan derhaka tiba-tiba berada di puncak carta
saban hari bermain di bibir mereka yang tidak kurang derhakanya pada suatu waktu dahulu
tapi mereka kini seolah menjadi pejuang adab susila dan kedaulataan raja...
..................betapa berpuranya mereka
.......................mempamerkan wajah luar
............................sedangkan di dalamnya
................................penuh durjana
si durjana
berlagak mulia
1 mac 2009

Labels:
derhaka,
durjana,
gerombolan,
kedaulatan,
raja
Friday, February 20, 2009
tiada cahaya di penghujung terowong
hari-hari yang berlalu membawa aku ke suatu daerah yang semakin kabur
tidak seperti yang aku jangkakan - adanya cahaya di penghujung terowong
kerana manusia yang memandu arah perjalanan kita ini
bukan saja buta matanya...malah hatinya juga turut buta
20 februari 2009
tidak seperti yang aku jangkakan - adanya cahaya di penghujung terowong
kerana manusia yang memandu arah perjalanan kita ini
bukan saja buta matanya...malah hatinya juga turut buta
20 februari 2009
Monday, February 9, 2009
di pinggir gelanggang
aku di pinggir gelanggang
menonton sebuah permainan yang amat jijik
di mana manusia memakai pelbagai topeng
untuk melindungi kejijikan itu
aku di pinggir gelanggang
hanya mampu berharap
agar permainan jijik itu
dihentikan
9 februari 2009

Sunday, February 8, 2009
maka berkatalah mereka: derhaka!
maka berkatalah mereka: derhaka!
dua tiga hari ini pejuang-pejuang melayu yang sangat cintakan raja
bersuara dengan gegak gempitanya:
derhaka! derhaka! derhaka!
di segenap penjuru alam akan kedengaranlah jeritan
derhaka! derhaka! derhaka!
maka bertanya rakyat yang telah kehilangan kuasa
tidakkah wakil rakyat yang melompat parti itu
juga menderhaka kepada rakyat?
apabila ada saja orang yang tidak bersetuju dengan raja
maka derhakalah ia
tetapi apabila ada orang yang mengkhianati amanah rakyat
maka itu perbuatan mulia lagi bijaksana
ahad
8 februari 2009

Saturday, February 7, 2009
tipudaya kerana kuasa
tipudaya kerana kuasa
(catatan seorang perantau tentang politik di negara asalnya)
kuasa
menjadikan manusia hilang pertimbangan
akan direbut walaupun terpaksa melacurkan peraturan
kerana maruah bukan diukur dengan nilai dan hukum
tetapi dengan kemenangan palsu yang dicipta melalui muslihat dan putarbelit sang pendusta
hari ini aku menonton
kepalsuan
tipudaya
keangkuhan
yang telah melacurkan institusi yang kononnya mulia
kuasa yang diperolehi dengan tipudaya itulah
yang diakui
sedangkan rakyat menangis kerana hak mereka dikhianati
bandar seri begawan
5-6 februari 2009

Sunday, January 25, 2009
Alam Muzik M Nasir

“…Persembahan adalah sebuah puisi panjang dan ia dimulakan dengan hanya vokal tanpa muzik iringan dan setelah beberapa minit, ia diikuti dengan satu alat muzik akan berkumandang, kemungkinan sebuah seruling atau gitar akustik. Penghujung persembahan adalah satu pesta simfoni yang gemilang...” M. Nasir
Subscribe to:
Posts (Atom)