Sunday, September 18, 2011

Apakah kita perlu berterima kasih?

Ucapan terima kasih pun dituntut oleh mereka yang gemar menonjolkan diri
Tapi ada si bijaksana yang bertanya "perlukah berterima kasih bila barangmu dipulangkan si pencuri?"

Monday, December 20, 2010

Hujung tahun

hujung tahun tiba lagi
untuk meninggalkan jejak yang dilalui
apakah ini yang terakhir
untuk kita berazam di tahun mendatang

Bandar Seri Begawan
20 Disember 2010

Tuesday, December 1, 2009

antara dua demo di malaysia

demo dianggap berbudaya apabila dianjurkan untuk
  • mendesak nik aziz letak jawatan
  • meminta sprm siasat guan eng
  • bantah khalid ibrahim dan khalid samad pindah berhala
  • menyuarakan bantahan apabila azizan razak tutup rumah sembelih babi
  • menyatakan bahawa isa sangat relevan
  • menyokong gerombolan















    Gambar: Berita Harian



    sementara itu demo menjadi tidak berbudaya apabila diadakan untuk
    • membantah kezaliman isa
    • membantah kenaikan tol
    • membantah rampasan kuasa demokrasi
    • membantah sprm siasat saksi sampai pagi
    • membantah senarai pengundi pos spr
    • menentang gerombolan

    Gambar: Tukar Tiub 

    Sunday, March 1, 2009

    Poem : Corruption, The Legislature, The System

    derhaka: ungkapan popular 2009

    sejak kerajaan perak dirampas oleh segerombolan perakus kuasa
    perkataan derhaka tiba-tiba berada di puncak carta
    saban hari bermain di bibir mereka yang tidak kurang derhakanya pada suatu waktu dahulu
    tapi mereka kini seolah menjadi pejuang adab susila dan kedaulataan raja...
    ..................betapa berpuranya mereka
    .......................mempamerkan wajah luar
    ............................sedangkan di dalamnya
    ................................penuh durjana

    si durjana
    berlagak mulia


    1 mac 2009

    Friday, February 20, 2009

    tiada cahaya di penghujung terowong

    hari-hari yang berlalu membawa aku ke suatu daerah yang semakin kabur
    tidak seperti yang aku jangkakan - adanya cahaya di penghujung terowong
    kerana manusia yang memandu arah perjalanan kita ini
    bukan saja buta matanya...malah hatinya juga turut buta

    20 februari 2009

    Monday, February 9, 2009

    di pinggir gelanggang

    aku di pinggir gelanggang
    menonton sebuah permainan yang amat jijik
    di mana manusia memakai pelbagai topeng
    untuk melindungi kejijikan itu

    aku di pinggir gelanggang
    hanya mampu berharap
    agar permainan jijik itu
    dihentikan


    9 februari 2009

    Sunday, February 8, 2009

    maka berkatalah mereka: derhaka!

    maka berkatalah mereka: derhaka!


    dua tiga hari ini pejuang-pejuang melayu yang sangat cintakan raja
    bersuara dengan gegak gempitanya:
    derhaka! derhaka! derhaka!
    di segenap penjuru alam akan kedengaranlah jeritan
    derhaka! derhaka! derhaka!

    maka bertanya rakyat yang telah kehilangan kuasa
    tidakkah wakil rakyat yang melompat parti itu
    juga menderhaka kepada rakyat?

    apabila ada saja orang yang tidak bersetuju dengan raja
    maka derhakalah ia
    tetapi apabila ada orang yang mengkhianati amanah rakyat
    maka itu perbuatan mulia lagi bijaksana


    ahad
    8 februari 2009

    Saturday, February 7, 2009

    tipudaya kerana kuasa

    tipudaya kerana kuasa
    (catatan seorang perantau tentang politik di negara asalnya)


    kuasa
    menjadikan manusia hilang pertimbangan
    akan direbut walaupun terpaksa melacurkan peraturan
    kerana maruah bukan diukur dengan nilai dan hukum
    tetapi dengan kemenangan palsu yang dicipta melalui muslihat dan putarbelit sang pendusta

    hari ini aku menonton
    kepalsuan
    tipudaya
    keangkuhan
    yang telah melacurkan institusi yang kononnya mulia

    kuasa yang diperolehi dengan tipudaya itulah
    yang diakui
    sedangkan rakyat menangis kerana hak mereka dikhianati


    bandar seri begawan
    5-6 februari 2009

    Sunday, January 25, 2009

    Alam Muzik M Nasir


    …Persembahan adalah sebuah puisi panjang dan ia dimulakan dengan hanya vokal tanpa muzik iringan dan setelah beberapa minit, ia diikuti dengan satu alat muzik akan berkumandang, kemungkinan sebuah seruling atau gitar akustik.  Penghujung persembahan adalah satu pesta simfoni yang gemilang...”  M. Nasir